Skim cepat kaya

Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen. Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antaranya adalah Skim piramid dan Skim Ponzi. Di Malaysia Skim Cepat Kaya yang paling terkenal adalah skim Pak Man Telo. Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ia akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.Pada kebiasaannya antara ayat-ayat skim cepat kaya adalah:-Diantara skim cepat kaya yang terdapat di Malaysia adalah Pak Man Telo, Labu Peram (Sekitar 1980-an), Linggam Telo (1990 Lembah Klang), Skim 350 (1980-an Kulim, Kedah), Platinum Lane Sdn Bhd (PLSB) (1991 Kulim Kedah), Makkah Fund atau Makkah Islamic Hotel oleh Syeikh Saidey dan Sri Emas Enterprise.Kebanyakan penganjur skim cepat kaya yang melaksanakan skim urus niaga mata wang asing haram melaksanakan skim mereka secara berikut:-